I love high heels. My highest pair of heels is around 4 inches high, which makes my total height jump to 5'7", 172cm. And I have been wearing high heels pretty much every day for the last 3 years. Lepas graduation, and when I first started working. The shoes are higher and slimmer, making a broken heel an inevitable occurrence. Over time, the rubber part of the heel tip wears down. And, I'm always so hesitant to throw away my shoes. Always. Kalau setakat rosak sikit-sikit ni, I just send my shoes for repair and have them re-soled. It is practical. And much cheaper than buying a new one. Besides, what's more comfortable than an old shoe? Tapi... It is getting harder and harder finding cobblers, nowadays. Atau mungkin, ada yang tak tahu wujudnya si tukang kasut? So, kali ni bukan nak cerita tentang perjalanan melihat dunia, dan apa yang ada di hujung sana. Ataupun betulke the grass always greener on the other side? Maybe yes, maybe no. Well, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. I'm always glad to be home. Hmmm, tapi ini cerita tentang perjalanan sebuah kehidupan manusia, yang dilihat sedang menjahit di tepi sudut kaki lima. Si tukang kasut. Seorang pakcik tua, mungkin dalam lingkungan umur 50-an. Sebaya abah. Atau mungkin, lebih tua. Kadang-kadang dia tertunduk-tunduk menyalitkan gam pada kasut yang entah milik siapa. Dan kadang-kadang dia termenung sendiri. Menunggu kalau-kalau ada yang datang untuk kasutnya dibaiki. Bila langkah kaki semakin dekat menghampiri pakcik tadi, dia tersenyum, mungkin sebab ada kasut yang perlu dibaiki. Dan puntung rokok tadi masih lagi panjang. He then put aside his cigarette in an ashtray that is full with cigarette ends. Mungkin dah beberapa batang rokok yang habis sepanjang hari dia di situ. So, the rubber on the bottom of my heels tends to pop off and make this clinging noise when I walk. And it sounds unnatural. I've already brought this pair of shoes to 2 different cobblers before, but they can't repair my shoes. The heels are very high and very thin. Susah nak cari paku yang halus untuk gantikan paku yang sedia ada.
"Susah nak baiki ni, paku yang halus pakcik tak ada"
I was just smiling. So this worn out shoes are not re-usable, I'm going to throw them away. Hmmm, I so love this shoes, so comfy. Takpelah. Bukan rezeki. Tapi pakcik tu masih lagi mencari-cari paku yang paling halus yang dia ada dalam bekas warna hijau di tepi kanannya. Ada paku yang paling halus, so dia cuba gunakan hammer to carefully tap the nails back into their original holes. "Besar sangat, tak muat jugak" Dia mengeluh sendiri. "Takpelah pakcik, saya dah pernah pergi hantar dulu dekat orang lain, memang dah tak boleh pakai agaknya" Dia diam. Tak menyahut, dan tak juga pulangkan kasut tu tadi. Then, dia macam cari something dalam bekas hitam, mungkin bekas tempat semua perkakasnya tersimpan. And seriously, I have no idea what that thing is. Apa namanya. Pengikis? Pengikis lah kot. Lebih daripada 10 kali pakcik ni kikis dan kikis dan kikis paku yang dah sememangnya halus tu, supaya jadi lebih halus. Kejap-kejap dia cuba lagi masukkan paku tadi dalam tumit dengan penukul and bila still tak boleh masuk, then dia kikis lagi. Kadang-kadang, bila dia ketuk terlalu kuat, penukul tu akan terkena tangannya. Hmm tak sakitke dia? Dia macam tak rasa apa-apa, tetap teruskan kerjanya sampai selesai. And my mind is everywhere. Selalunya, I memang jenis yang suka berborak. Suka bertanya itu, ini. Tapi kali ni, fikiran melayang jauh. Macam-macam yang difikirkan. Apa yang pakcik ni buat kalau hari tu kurang kasut untuk dibaiki? Siapa yang akan teman dia untuk berborak sehari-hari? Macam mana kalau hujan turun dengan lebat, kat mana dia akan berteduh? Dan berapa pendapatan harian yang dia terima? Ya Allah. Sungguh tak sedar berapa lama masa berlalu. 20 minutes? Entahlah. Sedar-sedar, he handed the shoes back. And now my favorite pair of shoes already fixed. "Berapa ya pakcik" "RM4" Dia menjawab sambil mengusap kedua-dua tangannya. Hmm, mungkin baru terasa sakit terkena penukul tadi. Kalau... Kalau hari itu pelanggan dia cuma seorang, adakah RM4 je hasil yang dia terima untuk bawa pulang? Dan bila RM5 yang dihulur bersambut, ternampak dia keluarkan duit yang ada dalam poket bajunya. Ada beberapa keping wang kertas. Kebanyakannya wang kertas RM1 berwarna biru dan ada sekeping berwarna merah. Mungkin... Mungkin itu pungutannya untuk hari itu. Sambil berjalan ke kereta, fikiran terus melayang jauh. Pakcik tadi bukan hanya membaiki kasut, tapi dia telah berjaya "membaiki" pemikiran waras untuk terus bersyukur dan menghargai kehidupan. Mungkin dia cuba sedaya upaya untuk betulkan kasut yang dibawa tadi sebab dia rasa tuan empunya kasut sangat inginkan kasutnya dibaiki, walaupun dah diberitahu yang kasut tu memang tak dapat dibaiki oleh cobblers yang lain. Atau mungkin, dia memang perlukan sedikit duit untuk dibawa pulang. Sedikit bagi kita, tapi mungkin banyak baginya. Dan akhirnya, mengalir jugak air mata ni dalam kereta. Menangis sepuasnya. Mentaliti terhadap kerjaya si tukang kasut memang sangat membuka mata untuk terus melihat kehidupan dari pelbagai sudut. Semoga Allah sentiasa berkati dan murahkan rezeki pakcik tu tadi agar cukup untuk dia menyara keluarganya. Dan rezeki kita semua, semoga sentiasa diberkati dan dirahmati. Alhamdulillah : Too Phat featuring Yasin, Ahli Fiqir & Dian Sastro
Adapun ku sembahkan syukur kepada Mu Ya Allah
Untuk nama... Harta... Dan keluarga yang mencinta Dan perjalanan yang sejauh ini tertempa Alhamdulillah Pilihan dan kesempatan Yang membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri Semua lebih bererti Apabila dihayati Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Labels: Random |
Webmistress
Hi everyone! My weaknesses are pretty things and kindness. Knowledge is of high importance. I believe that everyone has the potential to become the best they can be and that beauty comes within. This is a spot where I'll share with you some of my adventures + my inner thoughts! Oh and don't forget to follow me on instagram! : @fidajacob
|