Semalam ingatkan nak main masak-masak, tapi my mom ajak pergi Matta Fair. Serious malas sangat nak pergi sebab memang tak ada apa pun nak beli. Setakat nak cuci-cuci mata tu, tak sanggup la pulak nak meredah jam and bersesak-sesak dengan ramai orang. Abah pulak, awal-awal dah kata ada hal. Huhu saja je lah tu. Tapi, kerana kasih hamba turutkan gitu. Hehe. Ikut je lah, walaupun rasa macam malas sangat nak bergerak. Entahlah nak cakap best ke tidak Matta Fair. Standard la macam biasa. Selalunya kalau pergi, memang akan beli something. Sebab kalau tak nak beli, memang takkan pergi, tak sanggup meredah manusia kat sana yang punyalah ramai. Tapi kali ni survey je dulu for family trips this year and next year. Ambil la pamphlets semua tempat mana yang nak pergi. Banyak sangat tempat yang nak pergi ni, tapi tu lah, kekangan masa dan DUIT(ni memang sokmo sangat tak cukup). Jadinya, semua benda yang rasa nak buat on Saturday, kena tukar pergi Sunday. Sunday ni memang masa untuk diri sendiri. Tidur, gym, hantar kereta pergi car wash, etc. Oh, cakap pasal gym, rasanya dah hampir sebulan tak pergi. Hmm, too little time, too many things to do. Macam mana tu? So, masak apa tadi? Sebenarnya dah rasa malas sangat nak masuk dapur tadi. Sebab semua benda nak kena buat on Sunday. Macam tak sempat pulak nak bertung tang tung tang kat dapur. Tapi kena masak jugak, sebab there’s nothing for me to eat. Sadis tak? Haha. Pagi tadi, my parents dah belikan soto untuk breakfast. Bila my mom tanya, nak makan tak, jual mahal taknak la sebab kenyang kononnya. Tapi, dah pukul 3ptg, perut lapar la pulak, sebab pagi tadi minum Nescafe je. Keke. Then, dia kata, apa pun takde. Lunch pun tanak makan then sape suruh. Huhuhu. Sedihh.. Nak taknak pukul 5ptg tadi, memang kena makan something yang light. Nak alas perut. Lapar ok. Since memang plan nak masak dumpling, tapi duk malas nak ke tak nak, nak ke tak nak, last-last masak lah jugak. Barang-barang memang dah ada semua. Tinggal tengok kerajinan je. Sebab agak leceh sikit ye sebenarnya nak buat dumpling. Nak kukus la, nak buat inti la, nak buat dia jadi dumpling la. Haih, kalau tak kerana lapar, memang next week la experiment dumpling ni. Hehe.
Kalau jumpa dumpling pastry, beli yang tu. Tapi sebab tak jumpa, beli je lah kulit popia ni. Salah beli sebenarnya kulit popia ni. Beli yang 4 segi. Sepatutnya kena beli yang bulat. So, gunting dia kasi bulat. Hihi. Letakkan semua inti tadi tengah-tengah. Lepastu, lipat dia macam nak buat karipap. Tapi tak payan kelim tepi. Instead, buat macam atas ni. Tak tahu macam mana nak explain. Nak kasi dia melekat, gunakan sikit air. Ok now, dah siap. Nyum. Healthy nya makanan. Haha. Sup sup aje ye. Erk. I makan dengan cili kicap. Hehe. Kalau nak makan dengan dipping sauce pun boleh. Tapi tak sempat nak buat or cari. Pakai je la mana ada. So, itu je la yang sempat dibuat weekend ni. And now, tengah gigih siapkan kerja untuk my boss. Esok karang tak bagi, sure kena bebel. Hmmm… Why is the weekend always too short ya? Labels: Recipe |
Webmistress
Hi everyone! My weaknesses are pretty things and kindness. Knowledge is of high importance. I believe that everyone has the potential to become the best they can be and that beauty comes within. This is a spot where I'll share with you some of my adventures + my inner thoughts! Oh and don't forget to follow me on instagram! : @fidajacob
|